Catatan Yang Ditampilkan

Kehidupan

Aku belajar diam dari kata-kata nista dan lakonan. Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan. Aku belajar memaafkan dari sebuah kebencian. ...

Selasa, 21 September 2021

Masih Belum Habis

 Tersisa serpihan luka yang masih belum habis. Nampak senang tapi tak mudah nak lupakan. Apa yang aku rasa hari ini bukan mudah untuk aku melangkah dengan bebas tanpa hati terluka. Mungkin pada pandangan orang aku terlihat biasa dan dalam keadaan baik-baik tapi mereka tidak tahu betapa luka itu dalam sehingga ia membuat aku dalam kesediahan tanpa air mata. Hilang semangat yang aku bina selama ini, entah di mana silapnya aku sehingga membuatkan dia lebih seronok menikam hatiku yang selama ini hanya untuknya. Sungguh aku mula merasa benci pada diri sendiri kerana sukar untuk melupakan semua ini...

Sabtu, 12 Januari 2019

terser part 2


 bab 3


aku masih termenung, fikiran aku masih serabut. lansung tak senang nak duduk diam macam ni. nampak sangat aku mula rasa keliru. bukan senang nak pulih semangat aku yang kecewa dengan perangai dia tu. serius aku dah rasa tertekan bila dia mula buat perangai tak semengah dia tu. makin sakit hati aku ni. bukan senang nak lupakan kata-kata keji dia terhadap aku dua hari lepas. cukup untuk kali ini. aku ada maruah bukan senang untuk dia perlekehkan aku seperti itu. kali ini aku nak tolak ketepi perasaan sayang aku tu. dah tak tahan nak makan hati dengan kata-kata sinis dia tu. sakit tu tak boleh aku nak tanggung dah. 

Jumaat, 9 November 2018

Kehidupan

Aku belajar diam dari kata-kata nista dan lakonan.
Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan.
Aku belajar memaafkan dari sebuah kebencian.
Aku belajar beralah dari sebuah keegoan.
Aku belajar kuat dari sebuah kehilangan
Aku belajar redha dari sebuah tadir kehidupan.

Rabu, 22 Ogos 2018

missing you is very hurt 😭😭😭


22 ogos 2018

selamat hari raya aidil adha semua..😘😘
masih teringat saat hari raya tahun lepas.. dimana arwah mum tertiba sakit teruk.. masih kukuh di ingatan dimana hampir separuh nyawa kami sekeluarga melihat kesakitan yang di alami oleh arwah.. keluar masuk wad x terhitung.. belum masuk bilik bedah lagi. duk ulang alik ke hospital siang malam.. satu kerja pun xmampu nk jalankan bila fikirkan kesihatan arwah semakin hari semakin merosot.. air mata usah ditanya berapa banyak ditumpahkan.. kerana dia seorang ibu.. ibu yang menjadi tulang semangat anak-anak.. cikgu segala pendidikan.. bestfriend 4ever.. she is very super duper mum.. i like her bcoz she very happyfulllyy friez.. dia adalah role model anak-anak dalam mengejar kerjayaan.. xpenah mengalah memberi kenyakinan pada anak-anak.. xpenah lelah menemani anak-anak menelah buku di pagi hari wlpn sebusy ye dia seorang ibu dan kerjayaan sebagai jururawat.. sentiasa di sisi anak-anak saat memerlukan.. penguat semangat jiwa raga anak dikala jatuh kecudang.. penyokong tegar disaat anak-anak memperjuangkan kerjayaan di menara gading.. 
i love you but i more miss you.. 
missing you is very hurt...

Sabtu, 11 Ogos 2018

please stand up

makin banyak kita belajar makin banyak cabaran yang kita kena hadapi.. tapi ingat cabaran itu lah banyak mengajar kita erti kematangan.. so jangan pernah giveup.. yeah.. 😉

Ahad, 22 April 2018

DEAR FOREVER




My dear 3D forever.. kepala gila-gila.. tiga-tiga otak 3suku.. ada je kerja nak buat.. kami kawan macam lawan sebab tu berkekalan.. 
Siapa kata hubungan kami tak ada goyah.. ada je tapi kami tau itu ujian.. susah senang hadapi bersama. Tak ada istilah kau miskin kau kaya, kau susah kau senang.. kami kawan sampai syurga.. 

Sabtu, 21 April 2018

Tersasarnya Aku

Tesasar seketika.. memang sukar nak bangkit nak-nak lagi melibatkan kehilangan ibu tercinta.. perit tak terkata.. jatuh rebah kebumi tiada daya.. namun, aku perlu kuat demi keluarga yang masih setia menanti secebis sisa-sisa kekuatan..
Al-fatihah bt arwah mum.. pengorbanan mum xdapat acik balas wlpun sebanyak mana pun kebaikan acik buat kt mum sepanjang hayat acik hidup didunia..